← Bijak Matematik

Dasar Privasi

Dikemas kini: 28 Oktober 2026

Ringkasan

Bijak Matematik tidak memerlukan akaun atau log masuk, dan tidak meminta nama penuh, e-mel atau nombor telefon anak.

Data yang disimpan pada peranti

Markah terbaik, bintang, lencana, senarai soalan salah, tahun yang dipilih, nama panggilan anak (jika diisi) dan kod aktivasi disimpan dalam storan pelayar (localStorage) pada peranti anda sahaja. Data ini tidak dihantar kepada kami. Anda boleh memadamnya dengan mengosongkan data laman dalam tetapan pelayar.

Fon

Laman ini memuatkan fon daripada Google Fonts. Google mungkin menerima alamat IP pelawat semasa fon dimuatkan.

Pembelian

Jika anda membeli Akses Penuh melalui WhatsApp, kami menerima nombor telefon dan maklumat pembayaran yang anda hantar, dan menggunakannya hanya untuk menghantar kod aktivasi dan memberi sokongan.

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui WhatsApp.